fbpx

JPV gantung serta-merta import lembu, kerbau Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu yang diimport dari Thailand pada April lalu dikesan dijangkiti penyakit LSD.

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand berkuatkuasa serta-merta.

JPV berkata, langkah tersebut diambil bagi membendung risiko penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) dari negara tersebut bagi melindungi industri ruminan negara.

Menurut JPV, walaupun penyakit LSD tidak zoonotik (tidak menjangkiti manusia) tetapi ia memberi kesan kepada industri ruminan termasuk kekurangan berat badan badan, pengeluaran tenusu, kemandulan serta keguguran kepada ternakan yang dijangkiti.

“Justeru, JPV menggesa kepada semua pemain industri (pengimport, peraih dan penternak) supaya memberi kerjasama dengan membatalkan tempahan daripada pembekal lembu dan kerbau dari Thailand.

“Pemain industri juga digesa supaya melaporkan segera kepada pihak veterinar negeri dan daerah sekiranya lembu atau kerbau mereka mempunyai gejala LSD supaya tindakan lanjut dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, JPV berkata, bagi membendung masalah penyeludupan lembu dan kerbau di sempadan negara, pihaknya telah mendapat kerjasama daripada Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) untuk mengawal aktiviti tersebut.

Katanya, kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) turut dilakukan bagi meningkatkan pemeriksaan di pintu masuk sempadan negara bagi menghalang kemasukan lembu dan kerbau dari Thailand.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI