fbpx

Vaksinasi dunia selesai akhir 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran Suruhanjaya Eropah menunjukkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (tengah) dan Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab (kiri) bersama perwakilan lain semasa pertemuan menteri luar G7 di London pada 5 Mei lalu. - AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan menggesa pemimpin kumpulan G7 untuk memberi komitmen penuh dalam memastikan masyarakat dunia menerima suntikan penuh vaksin Covid-19 menjelang tahun 2022, demikian menurut kenyataan pejabat perdana menteri kelmarin.

Gesaan itu dijangka akan dibuat ketika persidangan G7 minggu hadapan yang akan berlangsung di Cornwall, England bersama 11 lagi pemimpin dari Perancis, Itali, Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada.

Johnson akan menyeru rakan pemimpin G7 untuk memberikan komitmen konkrit dalam usaha memvaksinasi seluruh dunia menjelang akhir 2022.

“Vaksinasi lengkap selurubh dunia pada akhir tahun depan akan menjadi satu-satunya kejayaan terbesar dalam sejarah perubatan,” kata Johnson.

Tambah beliau, dunia memberi harapan besar ke atas kumpulan tersebut bagi menghadapi cabaran terbesar era pasca perang iaitu mengalahkan Covid-19 dan memimpin pemulihan global.

Keyakinan Johnson didorong oleh kejayaan kerajaan Britain dalam penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca dan keupayaan menyediakannya pada harga kos di seluruh dunia.

Britain juga menyokong skim antarabangsa memastikan semua negara mendapat akses sama rata bekalan vaksin COVID-19 (COVAX) yang dicetuskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Akhir minggu ini, Johnson dijangka mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai rancangan kerajaan Britain untuk berkongsi sebahagian besar dos vaksin Covid-19 yang berlebihan kepada negara-negara memerlukan.

Pelaksanaan vaksin yang cekap di Britain telah menyebabkan kes positif dan kemasukan ke hospital menurun mendadak tetapi beberapa pakar memberi amaran bahawa peningkatan jumlah kes varian Delta (India) boleh mengancam kemajuan ini.

Varian yang pertama kali dikenal pasti di India menjadikan penularan lebih pantas dan cenderung menyebabkan komplikasi serius.

Kes virus di Britain baru-baru ini mulai meningkat dengan lebih mendadak walaupun 27 juta orang dewasa telah menerima suntikan vaksin lengkap.

Setakat ini, Britain merupakan negara Eropah dengan  jumlah kematian koronavirus tertinggi iaitu 127,823 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI