fbpx

Polis cadang batal kompaun pekerja tidak kemas kini MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Polis akan memohon agar kompaun yang dikenakan terhadap 31 pekerja syarikat minyak dan gas serta pekerja kilang ayam kerana tidak mengemas kini status kesihatan dalam aplilkasi MySejahtera, dekat sini kelmarin dibatalkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ini kerana hasil semakan pihaknya dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku kekeliruan terhadap kesalahan tersebut.

MIOR FARIDALATHRASH

“Pihak KKM mengesahkan bahawa pemilik aplikasi MySejahtera perlu mengemas kini status kesihatan apabila terdapat gejala, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai hubungan atau menjadi kontak rapat serta telah disahkan positif dijangkiti Covid-19 sahaja.

“Oleh itu, Ketua Polis Daerah Manjung akan merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pembatalan kompaun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, seramai 29 pekerja syarikat berkaitan minyak dan gas serta dua pekerja kilang ayam dikompaun masing-masing antara RM1,500 dan RM2,000 kerana tidak mengemas kini status kesihatan mereka dalam portal MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.

Kompaun itu dikeluarkan dalam operasi bersepadu pematuhan SOP PKP disertai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI