fbpx
Lori yang membawa habuk kayu itu ditahan di Tasek Gelugor, di sini semalam.

Lori bawa habuk kayu, isytihar PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Taktik pemilik sebuah syarikat mengisytiharkan habuk kayu yang dibawa dengan sebuah lori sebagai peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran untuk bergerak terbongkar selepas polis melakukan pemeriksaan di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini semalam.

Kesalahan itu dikesan semasa tugasan penguatkuasaan lalu lintas dan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kira-kira pukul 10.30 pagi selepas menahan lori itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun bernilai RM10,000 kepada syarikat beralamat di Sungai Petani, Kedah tersebut.

Menurut beliau, syarikat itu didapati menjalankan perniagaan tidak sama dengan yang didaftarkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Ketika ditahan, lori itu dipandu seorang pekerja lelaki yang membawa muatan habuk kayu.

“Hasil pemeriksaan mendapati surat kebenaran yang didaftarkan kepada MITI adalah sektor PPE dan Peralatan Keselamatan Kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN