fbpx

Aduan penduduk bongkar gudang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmizam (kanan) bersama Ahmad Fadzli (tengah) melihat timbunan arang yang disimpan di sebuah gudang di Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

KLANG – Aduan penduduk sebuah flat berhubung bau debu arang dan tempurung kelapa akhirnya membongkar kegiatan sebuah penyimpanan barang tanpa lesen di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Perkara itu terbongkar hasil operasi selama 90 minit dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan mendapati gudang itu menyimpan barang seperti tempurung kelapa hancur, arang dan kulit kayu.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, siasatan awal mendapati gudang itu dipercayai beroperasi sejak 2014.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati kilang itu tidak mempunyai sebarang lesen.

“Kita telah keluarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007,” katanya selepas operasi tersebut, hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan terhadap beberapa gudang dan kilang di sekitar daerah ini telah dilakukan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang  ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri memberitahu, pihaknya menerima aduan daripada penduduk Flat Sri Berembang yang terpaksa menghidu debu arang dan tempurung kelapa sejak tujuh tahun lalu.

Difahamkan, terdapat hampir 3,000 penduduk di flat tersebut dengan jaraknya kira-kira 200 meter dari gudang tersebut.

“Saya minta MPK dan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap gudang ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI