fbpx

Adik Sajat, Mustika tular angkara video parodi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustika yang memiliki paras rupa seiras abangnya, Nur Sajat kini mendapat perhatian netizen di media sosial.

PETALING JAYA – Mustika, adik perempuan kepada usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau Nur Sajat kini mula mendapat perhatian netizen setelah  tular di laman Twitter sejak semalam.

Wanita itu dikatakan membuat video parodi di aplikasi itu menggunakan audio milik abangnya itu.

Menerusi sebuah video TikTok yang berdurasi 45 saat itu memaparkan Mustika sedang membuat parodi menggunakan suara abangnya dan wajahnya itu saling tidak tumpah seperti Nur Sajat.

Rata-rata pengguna laman Twitter hampir tertipu kerana pada awalnya mereka percaya bahawa itu merupakan Nur Sajat, sedangkan ia merupakan adik perempuan kepada usahawan berkenaan.

Malahan, ada yang terkejut kerana menyangkakan Mustika menukar jantina, namun perkara itu tidak terjadi kerana dia merupakan seorang wanita tulen.

“Baca komen rupanya adik Sajat, perempuan tulen. Muka juga sama,” ciap @wanaaairish.

“Mustika, adik Sajat. Dia pernah masuk program The Band di Astro pada tahun 2013/2014. Mustika panggil Sajat pun abang, bukan kakak,” ujar @JanganMarahAku di Twitter.

“Muka tulen perempuan, tetapi bila dengar suara dalam video ala-ala jantan. Muka pula ada iras Sajat tetapi bukan Sajat. Saya mula bingung,” ciap @sminigee.

Seorang lagi @DidaMaddy pula berkata, Mustika juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai anak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI