fbpx

LKPU iktiraf program undang-undang USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS).

KPT dalam satu kenyataan hari ini berkata, usaha dan komitmen yang telah diberikan oleh pihak USIM, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama LKPU melalui platform Jawatankuasa Teknikal Bersama sejak tahun 2010 kini telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Katanya, keputusan itu menyaksikan semua graduan program SmUS kini diiktiraf sebagai orang berkelayakan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

“Walaupun negara telah dilanda pandemik Covid-19 sejak tahun lalu, LKPU terus melaksanakan penilaian yang berterusan dan pelbagai proses penting seperti pelaksanaan modul tambahan selama 6 bulan, Ujian Akhir Modul Khas Kemahiran dan latihan praktikal pada bulan September 2020, lawatan penilaian semula program dan semakan kualiti telah berjaya dilaksanakan.

“Justeru, pihak Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada LKPU yang telah melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memuktamadkan proses pengiktirafan ke atas program ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada graduan program SmUS dan semoga kejayaan ini akan terus menjadi pemangkin untuk melakar kejayaan yang lebih besar dan gemilang pada masa akan datang. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI