fbpx

Hanya kedai serbaneka berlesen boleh jual arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penjualan arak di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan sekiranya premis terbabit mempunyai lesen.

Kilang arak dan premis khususnya yang menjual arak bagaimanapun tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh tersebut.

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, tiada larangan untuk premis atau syarikat perniagaan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perlu dan mempunyai lesen untuk menjual minuman keras.

“Premis yang telah mendapat kelulusan beroperasi untuk menjual barangan yang terdapat dalam premis mereka termasuklah minuman keras dibenarkan beroperasi dengan syarat mereka patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Rosol berkata, perkara di atas juga terpakai kepada rokok yang dijual dalam premis yang disenaraikan di bawah kategori perlu tertakluk kepada peraturan penjualan sepertimana yang telah ditetapkan.

Justeru beliau sekali lagi menegaskan bahawa  apa yang dibenarkan dalam senarai perkhidmatan perlu atau ‘essential service’ sahaja yang dibenarkan beroperasi.

“KPDNHEP mengikut sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh MKN,” katanya.

Terdahulu timbul kekeliruan sama ada penjualan arak di semua premis perniagaan dibenarkan atau tidak selepas beberapa gambar bahagian minuman keras di kedai ditutup, tular di media sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI