fbpx

Ben Amir belum jumpa calon kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Amir

PETALING JAYA – Masih menutup rapat soal teman wanita daripada pengetahuan umum, pelakon tampan, Ben Amer bertegas bahawa hatinya belum dimiliki.

“Saya masih solo,” respons ringkasnya ketika ditebak tentang ruang hatinya sama ada sudah dimiliki seseorang ataupun belum.

Soal isi hati lelaki berusia 30 tahun itu disentuh bagi mendapatkan kepastian sebenar tentang desas-desus hubungan istimewanya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Semuanya gara-gara penularan sekeping gambar mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran pada November tahun lalu.

Menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan Daiyan, Ben berkata, mereka tidak lebih sekadar daripada rakan biasa.

“Tak adalah. Saya dan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tiada apa-apa pun (hubungan istimewa),” katanya.

Malah pelakon yang popular menerusi drama Sweet Dreams itu mengakui, masih belum bertemu wanita idaman yang dicari-cari setakat ini.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia mencari wanita yang boleh memberi nasihat, mengenepikan ego serta pandangannya.

“Kalau ada, dialah orangnya. Tetapi setakat ini belum jumpa lagi,” ujarnya ketika muncul dalam sesi temu ramah secara maya bagi mempromosikan drama terbaharu lakonannya bersama Nabila Huda dan Tiz Zaqyah, Diva Popular. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI