fbpx

‘Superman’ terpelanting ketika cuba hentikan bas bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrade berdiri di tengah jalan ketika sebuah bas meluru laju ke arahnya dan melanggarnya ketika sedang merakamkan aksi cuba menghentikan pergerakan kenderaan itu. - kale us uperman/Newsflash

BRASILIA, Brazil – Percubaan seorang pelawak di Brazil untuk meniru aksi adiwira Superman bertukar tragedi apabila dia dilanggar bas dan terpelanting di atas jalan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Luiz Ribeiro de Andrade yang menggelarkan dirinya Superman,  dilanggar oleh sebuah bas di kawasan perbandaran Barra dos Coqueiros ketika cuba menghentikan  bas yang bergerak menggunakan tangannya  baru-baru ini.

Andrade, 35, mengenakan sut klasik Superman berwarna merah dan biru ketika merakam dirinya melakukan aksi  seperti watak hero komik DC itu.

Rakaman tersebut memaparkan dia berjalan ke tengah jalan dengan penuh keyakinan sambil memegang mikrofon ketika sebuah bas menuju ke arahnya.

Situasi bertukar buruk dengan pantas apabila bas tersebut tidak sempat berhenti lalu melanggar Andrade. Dia  tercampak di hadapan kenderaan itu.

– Pelawak itu tercampak di atas jalan apabila bas yang cuba dihentikan melanggarnya. – kale us uperman/Newsflash

Pelawak itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, malah masih  boleh bangun dan menyambung rakaman videonya.

“Sekarang baru saya tahu bahawa saya benar-benar lelaki besi,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditemu bual oleh stesen televisyen F5 News.

Tambah Andrade, dia sebenarnya tersilap percaturan apabila melintas di hadapan bas lebih awal daripada dirancang.

Rancangan asal sepatutnya akan menampakkan seperti dia menahan kenderaan awam itu dengan tangan apabila ia berhenti.

Dia juga mengatakan bahawa ‘tangan Tuhan’ telah menyelamatkannya daripada  cedera parah dalam aksi itu, sambil menambah dia bernasib baik kerana tidak merasakan apa-apa ketika terpelanting di tengah jalan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI