fbpx

Pusat pentadbiran Melaka ditutup seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Pusat pentadbiran kerajaan negeri, Seri Negeri di sini ditutup selama seminggu bagi proses sanitasi selepas tujuh kakitangan disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, enam kakitangan bertugas di blok Bentara manakala seorang lagi di blok Laksamana.

Katanya, kedua-dua blok tersebut ditutup sementara waktu bermula 31 Mei lalu hingga esok untuk proses sanitasi dan nyahkuman.

“Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan mengambil keputusan untuk menutup juga Seri Negeri secara pentadbiran selama seminggu.

“Seramai 178 kakitangan telah disaring dan punca jangkitan masih belum diketahui setakat ini. Satu siasatan pula sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua Seri Negeri ditutup sementara waktu untuk disanitasi yang mana pada Oktober tahun lalu, tular di laman sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif Covid-19.

Rahmad menambah, Wisma Negeri juga ditutup selama dua hari ekoran terdapat tiga kes positif Covid-19 di dua jabatan di situ.

“Wisma negeri telah dibuka hari ini (3 Jun) selepas ditutup selama dua hari iaitu dari 1 hingga 2 Jun,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI