fbpx

Priyanka punca SRK hampir bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN dan Priyanka Chopra.

BINTANG terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan pernah diugut cerai oleh isterinya, Gauri Khan jika masih mahu bekerjasama dengan aktres jelita, Priyanka Chopra dalam mana-mana projek filem.

Perkara tersebut terjadi selepas timbul khabar angin bahawa kedua-dua pelakon itu sedang menjalinkan hubungan cinta selepas ama-sama berlakon dalam filem Don (2006).

Ujar Shah Rukh Khan, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk berlaku curang dengan isterinya dengan menjalinkan hubungan bersama Priyanka.

“Hubungan kami sekadar kawan dan saya selesa bersama dengan dia (Priyanka). Jika rambut saya tidak rapi, maka dia yang akan menolong saya,” ujarnya.

Namun, selepas mendapat ugutan cerai daripada si isteri, Shah Rukh Khan mengakui tidak akan lagi bergandingan dengan Priyanka dalam mana-mana projek akan datang kerana tidak mahu kehilangan isterinya yang tercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI