fbpx

Jualan Proton susut 37% berbanding April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton X50 merekodkan jualan 1,899 unit pada Mei lalu.

PETALING JAYA – Proton menjual 9,440 unit kenderaan di pasaran domestik dan eksport bulan lalu, kemerosotan 37.1 peratus berbanding April dengan pegangan pasaran tempatan dianggarkan sebanyak 20.3 peratus.

Ia selari dengan penyusutan jualan industri automotif di Malaysia pada Mei, yang dianggarkan menurun sekitar 20 peratus disebabkan isu seperti kekurangan bekalan cip dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Proton dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, setakat hujung Mei, jumlah jualan direkodkan syarikat tahun ini ialah sebanyak 57,283 unit, dengan anggaran pegangan pasaran 23.5 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Empat model Proton terus mendahului segmen masing-masing, dengan model Saga merekodkan jualan terbanyak bagi model segmen-A apabila sebanyak 3,786 unit diserahkan kepada pemilik pada Mei lalu.

Proton X70 mendahului dalam kelas kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C dengan jualan 1,523 unit pada Mei.

“Proton X50 dan X70 terus mendahului segmen masing-masing dengan jualan berjumlah 1,899 serta 1,523 unit bulan lalu.

“Proton Exora pula menjuarai kelas kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C dengan jualan sebanyak 399 unit,” katanya.

Pada masa sama, usaha jualan Proton di pasaran luar negara terus membina momentum dengan 669 unit kenderaan merangkumi Proton Saga, Proton X50 dan Proton X70 dieksport pada Mei lalu, pencapaian bulanan terbaik bahagian jualan antarabangsa syarikat sejak Mac 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, walaupun kebanyakan pemain industri mempunyai tempahan yang mencukupi, kebanyakannya perlu bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Roslan Abdullah

“Bagi Proton, jualan kami mencukupi untuk kekal di tempat kedua secara keseluruhan dan kami juga menerima sumbangan daripada bahagian eksport yang berjaya mencapai jualan tertinggi dalam tempoh 98 bulan walaupun menghadapi cabaran dari rangkaian penghantaran antarabangsa.

“Kami juga sedang berusaha untuk memuktamadkan pelan pelancaran model bagi sepanjang tahun ini.

“PKP yang sedang berkuatkuasa sudah tentu akan memberi impak kepada tarikh yang dirancang, namun Proton tetap komited memastikan pelancaran akan dijalankan untuk terus memberi keterujaan pada pelanggan bagi tahun 2021,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI