fbpx
Ain dan suami mendedahkan nama dan wajah puteri sulungnya menerusi saluran YouTube semalam.

Ain Edruce dedah wajah, nama anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas dua minggu selamat melahirkan cahaya mata, pelakon dan pengacara Ain Edruce berkongsi wajah anak perempuan sulungnya yang diberi nama Soraya.

“Nama anak saya Soraya, pendek sahaja sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.

“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk atau apa, sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama our little (bayi kecil kita) Soraya,” kongsi Ain menerusi saluran laman YouTube miliknya semalam.

Menerusi video sama, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, turut berkongsi pengalamannya yang terpaksa bertarung dan menunggu selama 25 jam untuk melahirkan cahaya mata sulungnya.

“Saya masuk hospital pada 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan bayi selamat bersalin pada 19 Mei pada pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.

“Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Kesan vakum pada kepada anak pun dah tiada sekarang,” ceritanya lagi.

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara Mbuzz itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. – K! ONLINE

POPULAR