fbpx

Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Teka-teki siapa yang akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara tersebut mempunyai proses yang bermula dengan pemberian nama kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) .

“Apabila SPP telah bersetuju, kita akan menghantar nama kepada Perdana Menteri sebelum mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kemudian baharu boleh umumkan.

“Kita jangka dalam masa seminggu dua, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat sekatan jalan raya (SJR) Bukit Jelutong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selepas pelantikan rasmi Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjadi Ketua Polis Negara pada 3 Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI