fbpx

Tembikai percuma untuk orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ain Izzuddin menunjukkan buah tembikai di kebunnya di Kampung Ubai di sini hari ini.

PEKAN – Seorang pekebun menawarkan kira-kira 3,000 kilogram (kg) tembikai jenis boci kepada orang ramai yang mahu menikmati buah itu dengan syarat mereka perlu datang ambil sendiri di kebunnya dekat Kampung Ubai, di sini.

Ain Izzuddin Mohd Ghazali, 26,berkata, tawaran itu dibuat sebagai tanda berkongsi rezeki dengan orang ramai setiap kali tembikai diusahakan dalam kawasan seluas 1.6 hektar boleh dituai.

“Mereka yang berhajat ingin makan tembikai, datanglah ke kebun dan ambil sendiri, ada kira-kira 3,000 kg buah tembikai sedia untuk disedekahkan.

“Ambillah sebanyak mana selagi tidak membazir, tidak perlu bayar kerana saya bagi percuma, jadi siapa cepat dia dapat,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di sini, hari ini.

Menurut Ain Izzuddin dalam usahanya untuk mendapat keberkatan dia akan mengagihkan buah tembikai setiap tahun yang mana pada tahun lalu sebanyak 2,000 kg tembikai telah diagihkan.

“Rezeki Allah berikan kepada saya perlu dikongsi dengan orang lain, terutama dalam keadaan sekarang ditambah pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang sudah pasti mengakibatkan ramai yang tertekan.

“Lagipun buah tembikai yang sudah masak tidak boleh disimpan lama, jadi daripada dibiarkan rosak, lebih baik saya sedekahkan kepada yang berminat,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI