fbpx

Kempen Jom Auto Labur tawar hadiah menarik bernilai RM360,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINA AZURA memegang replika kunci bergambar di sebelah kereta Proton Saga yang dimenanginya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui syarikat pengurusan unit ama­nah milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) telah meneruskan kempen Jom Auto Labur bagi tahun in dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM360,000.

Kempen yang telah bermula pada 1 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini menawarkan hadiah kepada lebih daripada 1,600 pemenang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, berdasarkan kejayaan daripada kempen yang dianjurkan sebelum ini dan telah mendapat sambutan menggalakan, maka syarikat bercadang untuk meneruskan usaha berkenaan.

Menurutnya, Kempen Jom Auto Labur telah dianjurkan pada tahun 2020 bersempena sambutan ulang tahun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke-30 dengan menumpukan kepada kemudahan Auto Labur yang diaktifkan melalui perkhidmatan Direct Debit oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet).

Ini akan membolehkan pe­labur menetapkan pelaburan bulanan mereka secara automatik melalui portal myASNB.

“Peserta dikehendaki menetapkan pelaburan bulanan minimum sebanyak RM60 selama tiga bulan berturut-turut, manakala pengguna Auto Labur sedia ada perlu menambah pelaburan bulanan sebanyak RM30 minimum daripada pelan sedia ada.

“Walaupun menabung dan melabur dalam situasi pandemik seperti sekarang adalah agak mencabar tetapi dengan me­labur RM100 setiap bulan, mampu memberi impak yang besar jika dirancang dalam suatu jangka masa yang panjang,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Mohammad menjelaskan, ASNB telah bekerjasama dengan PayNet untuk menjayakan kempen tersebut.

Mengenai kempen yang dianjurkan pada tahun 2020, program berkenaan menawarkan hadiah tawaran berjumlah RM84,250.

Ia melibatkan hadiah utama sebuah Proton Saga 1.3L Premium AT, sebuah motosikal Yamaha Y15R, sebuah telefon bimbit iPhone 12 Pro dan unit-unit amanah kepada pemenang bulanan.

Syahrina Azura Abdul Rahim, 47 dari Seri Kembangan, Selangor telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3L Premium AT.

Hadiah tempat kedua yang berupa sebuah motosikal Yamaha Y15R telah dimenangi oleh Nur Alieyah Khoo dari Ku­ching, Sarawak, manakala tempat ketiga, Nurul Zarifah Abu Bakar dari Seremban berjaya membawa sebuah telefon bimbit iPhone 12 Pro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI