fbpx

Lagu keamanan Salammusik untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAMMUSIK

SELEPAS sekian lama hilang dari radar industri muzik tanah air, kumpulan Salammusik kini muncul dengan buah tangan baharu untuk mengubati kerinduan semua.

Lebih menarik, buah tangan baharu kumpulan yang mula mencipta nama menerusi lagu Cerita Kedai Kopi sekitar 2010 itu mengetengahkan mesej membela penderitaan di Palestin ekoran keganasan rejim Zionis.

Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baharu mereka yang diberi judul Kuasa.

Lagu Kuasa menjadi single kedua Salammusik dalam tempoh masa sebulan. Pada 30 April lalu, kumpulan itu telah melancarkan sebuah single berjudul Galaksi Rindu, yang berkisar tentang kerinduan.

Berbalik kepada Kuasa sebagai taruhan, Salammusik menggariskan matlamat untuk menulis muzik yang memberi kesedaran dan mudah dihayati pendengar.

Kesan daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin, sehingga kini sudah lebih satu abad mereka berjuang untuk sebidang di tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan tersebut.

“Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, perkara ini akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan.

“Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian”, tegas Salammusik.

Salammusik turut percaya, pemimpin perlu berbincang dan berhenti menghabiskan lebih banyak wang untuk membunuh dan memusnahkan pihak lain.

Memetik sedikit bait lagu Kuasa: “Dia tak berdosa, baru kenal huruf belum reti baca, baru kenal sayang belum reti bercinta, dah terpaksa memikul senjata bertaruh nyawa.

“Dia tak berdosa, baru dikurniakan cahaya mata, baru jadi ayah belum jadi bapak, dah terpaksa memikul senjata mengorbankan nyawa.”

Kata-kata di atas jelas menggambarkan pengorbanan kanak-kanak yang tidak berdosa terpaksa memikul beban senjata demi untuk mempertahankan keamanan negara.

“Peperangan telah menyebabkan begitu banyak kematian, penderitaan dan kerosakan infrastruktur penting. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini melangkah lebih jauh.

“Kita harus memikirkan semua orang yang tidak bersalah, terutama anak-anak! Sekiranya mereka tumbuh dengan begitu banyak keganasan, pemimpin seperti apa mereka? Pertempuran mesti berhenti!” tegas wakil Salammusik.

Untuk rekod, satu laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) menyatakan, jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada berpuluh bilion ringgit pada tahun lalu.

Melihat dengan lebih mendalam, khalayak akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan setiap tahun kerana peperangan.

Pada masa sama, Salammusik berharap karya mereka setidak-tidaknya memberi inspirasi kepada anak-anak muda di mana sahaja untuk menyumbang perubahan positif dengan mengeluarkan lagu ini.
Muzik tidak mempunyai sempadan untuk menyatukan orang dan memulihkan hubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI