fbpx

Sabri Yunus ajak pakat ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABRI YUNUS

KETIKA, masih wujud golongan yang berpendapat pengambilan vaksin akan memudaratkan kesihatan. Perkataan mudah, kumpulan antivaksin.

Prihatin dengan situasi tersebut, Sabri Yunus tampil dalam sebuah video mengajak orang ramai, khususnya rakyat Kelantan supaya mengambil vaksin.

Menariknya, Sabri menyampaikan hasratnya itu dalam dialek Kelantan. Kecek kelate! Bahasa ibunda dialah.

Disebabkan video tersebut, ramai netizen memuji usahanya untuk menarik minat orang dari negerinya turun mengambil suntikan vaksin.

“Aku suka cara Sabri mendidik orang ramai terutama golongan yang degil. Cara penyampaian jelas dan siap bagi contoh bagi memudahkan pemahaman masyarakat.

“Inilah contoh public figure yang guna pengaruhnya dengan cara baik,” puji seorang pengguna Twitter.

Pujian tinggi memang harus diberikan kepada Sabri. Hanya duduk di depan meja di rumah, cukup memberi kesedaran kepada umum.

Selebriti lain apa lagi, gunalah pengaruh pengikut lima juta untuk didik masyarakat. Janganlah asyik menari TikTok saja.

DIVA: Menjadi sungguh watak opah kejam lakonan Datin Fadilah Mansor dalam drama Sabarlah Duhai Hati. Rasa nak hempas skrin televisyen menonton perangai si opah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI