fbpx

Supercomnet sasar pertumbuhan berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempahan yang kukuh daripada segmen perubatan menjadi penyumbang kepada prestasi kewangan Supercomnet.

PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Bhd. (Supercomnet) menjangkakan untuk mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi keuntungan tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2021.

“Faktor tersebut dipacu daripada permintaan terhadap segmen perubatan, kejayaan Kumpulan mendapatkan pelanggan baharu dari Eropah dan pelancaran beberapa peranti perubatan khusus yang baharu dan pemulihan daripada segmen perniagaan peranti bukan perubatan  yang disokong oleh Program Vaksinasi Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam. 

Bagi keputusan kewangan untuk  suku pertama berakhir 31 Mac 2021, Supercomnet merekodkan hasil sebanyak RM37.57 juta, naik sebanyak 33.46 juta berbanding RM28.15 juta tahun lalu.

Keuntungan selepas cukai (PAT) pula bertambah sebanyak 19.24 peratus kepada RM4.89 juta berbanding RM4.10 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Disebalik pandemik Covid-19, Kumpulan mencatat keputusan kewangan yang positif disumbangkan oleh tempahan yang kukuh daripada segmen perubatan dan juga prestasi yang semakin pulih daripada segmen bukan perubatan. 

“Menuju masa depan, segmen perubatan memainkan peranan yang penting ekoran permintaan yang semakin bertambah daripada peranti bukan hanya daripada kardiovaskular, angin ahmar tetapi juga respiratori malah, segmen baharu seperti peranti perubatan taktikal ketenteraan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI