fbpx

KPDNHEP Pulau Pinang jamin bekalan cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Ridzuan meninjau suasana pembelian di sebuah pasar raya besar di Queensbay, Bayan Baru di sini petang tadi. - Foto oleh MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN

GEORGE TOWN – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan tiada berlaku situasi pembelian panik di pasar raya di sini hari ini sebaliknya pengunjung perlu mematuhi prosidur operasi standard (SOP) sebelum memasuki ke premis terbabit.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, hasil pemantauan pasukan penguatkuasanya di sembilan buah pasar raya besar di bahagian pulau dan Seberang Perai pagi tadi mendapati suasana pembelian tenang dan lancar.

Sebaliknya menurut beliau, pihak pasar raya terbabit terpaksa menghadkan jumlah kemasukan pengunjung bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19 serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Memang ada berlaku peningkatan pengunjung sehingga terpaksa beratur panjang terutama di dua buah pasar raya iaitu di Bukit Mertajam dan Seberang Jaya hari ini.

“Tetapi hasil pemantauan pasukan kami, memang tiada berlaku sebarang pembelian panik sehingga menyebabkan kehabisan stok bekalan barangan keperluan. Pihak pasar raya juga akan menambah semula stok yang mula berkurangan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Terdahulu, beliau turut melakukan tinjauan di sebuah pasar raya besar di Queensbay di sini petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI