fbpx

Inisiatif Mirnawan bantu rakyat Palestin menerusi penjualan baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baju edisi khas ‘We Stand With Palestine’ sebagai inisiatif untuk membantu rakyat Palestin.

LEGENDA hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi menjadi individu berpengaruh terbaharu yang tampil dengan inisiatif murni untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel baru-baru ini.

Mirnawan melalui jenamanya, MN13 telah mereka baju edisi khas ‘We Stand With Palestine’ sebagai tanda sokongan, manakala bantuan 25 peratus daripada setiap pembe­lian baju akan disumbangkan terus ke tabung rasmi di Pa­lestin.

Inisiatif itu turut mendapat kerjasama daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Kelab Sukan dan Rekreasi Bank Muamalat Malaysia Berhad dari segi promosi di bawah organisasi masing-masing.

DATUK Mirnawan memperagakan baju edisi khas ‘We Stand With Palestine’ yang boleh dibeli dengan melayari laman Facebook MN13OFFICIAL dan mn13_official di Instagram atau hubungi talian 018-662 7391.

“Situasi pergolakan di Palestin adalah satu isu global yang harus dipandang serius dan Malaysia adalah antara negara yang peka dalam isu kemanusiaan ini.

“Usaha sama MN13 ‘Membeli, Menyumbang’ bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Bank Muamalat dan UniKL sebagai bantuan kepada Palestin. Semoga Usaha dan nawaitu kita semua mendapat berkat,” kata Mirnawan dalam satu kenya­taan.

Mirnawan yang juga pengurus skuad senior lelaki kebangsaan, turut melancarkan pelitup muka MN13 edisi khas untuk Pa­lestin.

Sebarang makluman lanjut mengenai pembelian berhubung baju edisi khas ‘We Stand With Palestine’ boleh melayari laman Facebook MN13OFFICIAL dan mn13_official di Instagram atau hubungi talian 018-662 7391.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI