fbpx

Prestasi TNB kekal berdaya tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) bagi suku pertama tahun kewangan 2021 sebanyak RM973.5 juta berbanding RM736.7 juta tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, keuntungan yang lebih tinggi itu dipacu daripada pergerakan pasaran terutama­nya tukaran mata wang asing yang menyaksikan Kumpulan mencatat kerugian translasi tukaran mata wang yang lebih rendah sebanyak RM56.8 juta (RM388 juta tahun sebelumnya).

Menurut beliau, hasil Kumpulan menyusut sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun kepada RM11.4 bilion berbanding RM11.6 bilion disebabkan jualan elektrik yang lebih rendah.

Jualan elektrik terus menyusut walaupun pada penguncupan yang lebih rendah kepada 0.2 peratus tahun ke tahun pada 29,316.6 GWh berbanding 29,374.9 GWh suku pertama tahun 2020.

“Ini disokong oleh polisi kerajaan yang membenarkan aktiviti ekonomi untuk terus beroperasi.

“Sehubungan itu, penguncupan dalam permintaan elektrik semakin mengecil kepada 0.3 peratus suku pertama tahun 2021 berbanding daripada 12.9 peratus tahun kewangan sebelumnya,” kata beliau dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

 

Mengulas lanjut, Baharin menerangkan, pada suku pertama 2021, TNB telah menggunakan 22.2 peratus daripada perancangan perbelanjaan modal yang dikawal selianya (capex).

Tambah beliau, Kumpulan berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelaburan RM7.3 bilion seperti dirancang bagi tahun ini untuk meningkatkan sistem bagi pembangunan dan pertumbuhan masa hadapan.

Pada masa yang sama, Kumpulan dapat mengekalkan kestabilan bekalan elektrik negara.”

“Bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Tenaga, sepanjang tempoh kawal selia 3 (RP3) bagi tahun 2022 hingga 2024, Kumpulan dijangka melabur tambahan RM24 bilion bagi capex.

“Pelaburan itu akan membantu merangsang ekonomi dan membuka 194,000 peluang pekerjaan setiap tahun atau kira-kira 584,000 pekerjaan bagi tempoh 2022 hingga 2024.”

Sementara itu, mengenai prospek masa depan, Baharin melihat, impak kekangan pergerakan tahun ini tidak terlalu teruk berbanding tahun lalu memandangkan kebanyakan perniagaan dibenarkan beroperasi ketika PKP atau PKPB.

Sehubungan itu, pihak lembaga pengarah menjangkakan prospek pemulihan secara beransur-ansur pada tahun ini disokong oleh pemulihan ekonomi Malaysia dan global.

“Kumpulan telah mengambil langkah yang berhemat daripada segi keperluan operasi dan kewangan untuk memastikannya kekal berdaya tahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI