fbpx

Bekalan elektrik Akses Pihak Ketiga bermula September – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH menandatangani plak sempena Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Kompleks Tanjung Bin, Pontian hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Pembekalan tenaga elektrik daripada pihak ketiga selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka akan mula dilaksanakan pada September tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, perkara tersebut sedang dalam peringkat kajian dan akan diumumkan secara rasmi pada Julai ini.

“Sistem Akses Pihak Ketiga akan membolehkan pihak lain selain TNB membekalkan tenaga elektrik kepada pelanggan.

“Pihak ketiga ini boleh menjana kuasa sendiri untuk pelanggan mereka tetapi akan melalui ‘transmission line’ TNB,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini hari ini.

Tambah Fadillah, pelaksanaan sistem Akses Pihak Ketiga ini sebenarnya dijadual dilaksana tahun depan menerusi Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Bagaimanapun Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mahu pelaksanaan inisiatif itu diawalkan ekoran permintaan tinggi daripada pelabur luar khususnya melibatkan pembinaan pusat data.

“Ini kerana pusat data berskala besar memerlukan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi dan kita menawarkan sumber tenaga itu para kos berpatutan,” jelasnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI