fbpx
Tangkap layar rancangan itu yang menyatakan Seremban sebahagian daripada negeri Selangor.

Pembantu penerbit salah taip Seremban di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Kenyataan Seremban terletak di Selangor yang dipaparkan dalam sebuah rancangan televisyen tadi dilaporkan berlaku ekoran kesalahan pembantu penerbit ketika menaip informasi itu.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa sebarang niat lain memandangkan insiden berkenaan terjadi ketika disiarkan secara langsung.

Menurut sumber, pembantu penerbit rancangan itu menerima informasi tersebut secara langsung sebelum memasukkannya ke dalam sistem untuk disiarkan.

“Panggilan itu secara langsung, pembantu penerbit yang menjawab dan menaipnya.

“Ketika dalam konti, semua tidak perasan kesalahan itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook apabila tangkap layar rancangan berkenaan memaparkan kawasan Seremban dimasukkan sebagai sebahagian negeri Selangor.

Sebelum ini, satu surat rasmi kerajaan turut mencetuskan persoalan orang ramai apabila kawasan Labu yang terletak di Negeri Sembilan dinamakan sebagai sebahagian daripada negeri Selangor. -K! ONLINE