fbpx

Mujur saya tak bersara – Jeremiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEREMIAH pernah terdetik hasrat untuk bersara daripada sukan gimnastik tahun lepas ekoran kegagalannya beraksi cemerlang pada Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman. – AFP

ATLET gimnastik artistik negara, Jeremiah Phay Xing Loo enggan mensia-siakan peluang ke­emasan layak beraksi pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Jeremiah, 24, amat bersyukur dengan kejayaan itu kerana pernah terdetik hasrat untuk bersara daripada sukan gimnastik tahun lepas ekoran kegagalannya beraksi cemerlang pada Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

“Kalau saya bersara tahun lepas, saya tidak akan dapat bertanding pada Olimpik nanti dan menyebabkan peluang ke­emasan seperti ini terlepas di depan mata.

“Alasan utama saya teruskan juga berlatih kerana menyasarkan slot Olimpik pada Kejohanan Asia di China tahun ini yang merupakan satu lagi pusingan kelayakan.

“Kemudian, ia dibatalkan dan saya sangat terkejut kerana diberitahu layak ke Olimpik dengan cara sebegini. Mujur saya belum membuat keputusan akhir untuk bersara daripada gimnastik.

“Saya sangat bersyukur kerana mendapat peluang ke Tokyo. Saya akan mengambil peluang ini untuk memberikan prestasi terbaik di sana nanti,” kata Jeremiah yang dipetik daripada International Gymnast Online baru-baru ini.

Ia bakal menyaksikan Malaysia mempunyai dua wakil daripada sukan gimnastik untuk berentap pada Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake bermula pusingan kelayakan pada 24 Julai hingga acara terakhir 8 Ogos depan.

Satu lagi wakil gimnas artistik negara ialah Farah Ann Abdul Hadi dalam acara all-around selepas lebih awal melayakkan diri menerusi pencapaian tempat ke-16 pada Kejohanan Dunia 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI