fbpx

Melintas melulu, kanak-kanak parah dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan mangsa melintas secara melulu sebelum dilanggar Perodua Kembara di Jalan Kampung Delek Kanan, semalam.

KLANG – Seorang kanak- kanak perempuan berusia lima tahun parah selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan secara melulu di Jalan Kampung Delek Kanan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan cedera di limpa dan usus dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit memaparkan detik-detik kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara dipandu kerani wanita berusia 21 tahun dalam perjalanan ke rumahnya di kampung sama.

“Secara tiba-tiba terdapat mangsa telah melintas jalan secara melulu dan menyebabkan Perodua Kembara itu gagal mengelak sebelum melanggar kanak-kanak itu.

“Siasatan juga kenderaan itu telah cuba menekan brek kecemasan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dikejarkan ke HKL untuk rawatan pakar susulan mengalami kecederaan parah di organ dalam.

Sementara itu, kerani wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Shamsul Amar, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI