fbpx

Langgar perintah berkurung hadiri pengebumian kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai seekor kuda ditabur dengan bunga dan dilitupi dengan hiasan selain turut diadakan upacara membaca pemujaan. – SWNS/Metro UK

KARNATAKA, INDIA – Ribuan penduduk negeri Karnataka di India tidak mengendahkan larangan perintah berkurung Covid-19 apabila menghadiri satu majlis pengebumian seekor kuda beramai-ramai hujung minggu lalu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Dalam satu rakaman video menunjukkan, kira-kira 2,000 penduduk bersesak antara satu sama lain dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka. 

Video tersebut turut memaparkan bangkai seekor kuda yang ditabur dengan bunga dan dilitupi dengan hiasan selain turut diadakan upacara membaca pemujaan.

Menteri Dalam Negeri Karnataka, Basavaraj Bommai berkata, sempadan negeri itu kini ditutup dan arahan perintah berkurung akan kekal sekurang-kurangnya hingga 7 Jun ini.

Manakala, pegawai penguasa polis daerah, Laxman Nimbargi berkata, kampung di mana lokasi acara pengebumian tersebut kini ditutup selama dua minggu.

Kira-kira 2,000 penduduk hadiri upacara pengebumian kuda tersebut. – SWNS/Metro UK

“Ujian calitan akan dilakukan dalam skala besar-besaran bagi membendung virus Covid-19 daripada menular dan memburukkan lagi keadaan,” ujarnya.

Kuda tersebut dilaporkan mati beberapa hari selepas dilepaskan dari sebuah pusat kerohanian yang didakwa akan membantu mengurangkan krisis Covid-19 di India. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI