fbpx

Kekasih Yeseul dituduh ‘gigolo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN YESEUL

BARU beberapa minggu berkongsi bahagia apabila mengumumkan dirinya sudah dimiliki, tiba-tiba timbul dakwaan tidak enak membabitkan kekasih hati aktres jelita Han Yeseul.

Khabar angin tersebut mengatakan kekasih Yeseul pernah menjadi ‘gigolo’ atau lelaki upahan yang dipelihara wanita lain sebagai peneman.

Kontroversi bertebaran selepas sebuah saluran YouTube popular, Garo Sero Institute menyiarkan sebuah video membicarakan kisah hidup kekasih pelakon itu yang pernah bergelar gigolo.

Memberi respons terhadap dakwaan berkenaan, Yeseul menerusi Instagramnya memuat naik tangkap layar video daripada YouTube berhubung penafian terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada kekasihnya.

“Sekejap. Wahai encik wartawan, ini semua fitnah. Mengapa semua ini timbul selepas kontrak saya tamat bersama bekas agensi. Agak mengejutkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Birth of A Beauty itu memadam hantaran berkenaan selepas dinasihati orang terdekat supaya tidak menghiraukan tohmahan ramai.

“Jadi, saya akhiri hari ini dengan gambar kami berdua. Terima kasih kerana menyokong kami. Saya tidak dapat membaca semua komen. Tetapi saya sangat hargai kalau kalian dapat menghantar tangkap layar komen-komen melampau untuk tindakan selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI