fbpx

Tajuddin ditamatkan perkhidmatan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat penamatan perkhidmatan Tajuddin.

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Penamatan perkhidmatan itu dimaklumkan kepada Tajudin melalui sepucuk surat rasmi yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertarikh hari ini.

Kandungan surat itu menyebut bahawa syarikat telah dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju agar perkhidmatan Tajudin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

Dalam surat itu juga, Tengku Zafrul menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan kandungan surat itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI