fbpx

Sejuta slot tempahan vaksin AstraZeneca dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak sejuta slot boleh ditempah bagi fasa 2 permohonan suntikan vaksin AstraZeneca yang akan dibuka bermula pukul 12 tengah hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantarannya di laman Facebook hari ini.

Tangkap layar status dimuat naik Dr. Noor Hisham di Facebook tadi

“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26 Mei 2021.

“Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Tempahan hari ini dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan ia boleh dilakukan menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI