fbpx

Insiden LRT tidak jejas operasi wad Covid-19 HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Penempatan mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen KLCC, malam semalam, untuk menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak menjejaskan wad pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya sudah mempunyai pembahagian tugasan dan peralatan bagi membolehkan rawatan bukan Covid-19 dan Covid-19 dapat berjalan lancar.

Katanya, operasi HKL dan kakitangannya masih berjalan seperti sedia kala dan lancar biarpun menerima pesakit yang ramai akibat insiden itu.

“Seperti semua ketahui, seramai 64 kes melibatkan penumpang yang cedera kini dirawatkan di wad HKL manakala enam pesakit kritikal termasuk tiga pesakit sedang berada di bilik pembedahan dan tiga lagi memerlukan mesin ventilator.

“Baki pesakit hanya dirawat di wad kecemasan dan surgikal. Kesemua mereka dirawat menggunakan kemudahan bukan untuk pesakit Covid-19 kerana pembahagian sudah disusun lebih awal termasuk mesin ventilator untuk kegunaan di Unit Rawatan Rapi dan wad Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI