fbpx

Hamilton tidak mahu layan provokasi Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON menyalahkan strategi pit yang menyebabkan dia terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketujuh. – AFP

MONTE CARLO – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) , Lewis Hamilton menolak untuk berperang mulut dengan Max Verstappen selepas menganggap ia seperti tindakan ‘budak-budak’ selepas pemandu Red Bull Racing tersebut muncul juara di Grand Prix (GP) Monaco kelmarin.

Kemenangan Verstappen di litar jalanan Monte Carlo malam kelmarin memastikan pemandu Belanda tersebut memimpin carta kedudukan buat pertama kali dalam kariernya selepas Hamilton sekadar menamatkan sai­ngan di tempat ketujuh.

Sebelum ini, Hamilton menyindir Verstappen yang dilihatterlalu bekerja keras untuk membuktikan diri dalam perburuan gelaran juara.

Keadaan bertambah panas apabila Verstappen membalas balik kritikan tersebut selepas me­ngakui kemenangan tersebut merupakan pelajaran terbaik ming­gu ini selepas muncul juara di Monaco.

“Saya tidak bermain dengan permainan minda dan saya tidak ambil peduli apa yang diperkatakan Verstappen. Dia sudah lakukan terbaik minggu ini dan itu sahaja.

“Masih terdapat baki 17 perlumbaan dan saya tidak mahu cakap banyak. Bagi saya ia se­perti tindakan ‘budak-budak’ apabila anda berperang mulut,” katanya.

Hamilton mengakui dia tidak berapa gembira dengan strategi hentian pit yang dilakukan pasukannya sehingga menyebabkannya ketinggalan dua posisi ke belakang.

“Saya tak faham apabila pasukan menyuruh saya masuk terlalu awal kerana keadaan tayar masih baik dan boleh melakukan beberapa pusingan lagi.

“Bagaimanapun, bagi saya kita perlu melihat semula apa yang menyebabkan kami ketinggalan,” ujar Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI