fbpx

Berlian ungu-merah jambu dilelong RM121 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Sakura merupakan berlian ungu-merah jambu terbesar yang pernah dilelong. - Christie's Images Ltd./CNN

HONG KONG – Sebutir berlian bernama The Sakura berjaya memecahkan rekod dunia dengan menjadi berlian ungu-merah jambu termahal pernah dilelong pada harga AS$29.3 juta (RM121.3 juta), lapor CNN kelmarin.

Dinamakan sempena  bunga sakura, berlian 15.81 karat itu adalah yang terbesar pernah dilelong.

Menurut firma lelongan, Christie’s, berlian yang dipasang pada sebentuk cincin platinum sederhana itu diklasifikasikan sebagai tiada kecacatan dalaman.

Ini bererti sebarang kecacatan hanya dapat dilihat menggunakan kanta pembesar secara dekat.

“Jualan ini merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah lelongan.

“Agak jarang untuk kita menemui berlian merah jambu yang diklasifikasikan sebagai tiada kecacatan dalaman, memandangkan kebiasannya berlian jenis itu mengandungi banyak kesan calar,” ujar Ketua Jabatan Barangan Kemas Christie’s, Vickie Sek.

Jualan The Sakura beraya memecahkan rekod yang dipegang sebutir lagi berlian ungu-merah jambu  bernama The Spirit of the Rose yang dilelong pada harga hampir AS$27 juta (RM111.8 juta) di Geneva, Switzerland, tahun lepas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI