fbpx

Guru boleh semak keputusan pertukaran bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika melawat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian Februari lalu. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan akan mengumumkan keputusan permohonan guru melibatkan pertukaran antara bahagian, negeri, daerah selain dalam daerah yang sama pada bulan depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, semakan pertukaran antara bahagian dan negeri bagi sesi tersebut boleh dilakukan melalui modul e-Gtukar pada 1 Jun 2021.

Tambahnya, semakan pertukaran antara daerah dan dalam daerah pula boleh dibuat bermula 7 Jun 2021.

“Semalam saya berkesempatan membaca beberapa pertanyaan guru yang diajukan melalui media sosial dan antara persoalan yang banyak dibangkitkan adalah berhubung keputusan pertukaran e-Gtukar.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan keputusan pertukaran guru bagi sesi Jun 2021 akan diumumkan pada 1 Jun 2021 dan guru yang memohon pertukaran boleh menyemak keputusan melalui e-Gtukar melalui laman web www.epgo.moe.gov.my,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI