fbpx

Isu tidak pakai pelitup muka ikut SOP, Neelofa akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan Haris ketika tiba di Mahkamah Seremban, baru-baru ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan selepas tindakan selesai diambil.

“Ya, pihak polis akan ambil keterangan Neelofa dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Noor Neelofa susulan terkesan berita di laman sesawang ‘Kosmo Online’ yang tular di mana selebriti itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Khamis lalu dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Beliau berkata, laporan polis diterima kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang.

Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI