fbpx

Diskaun tambang bas kepada penerima suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nakhonchai Air, menawarkan diskaun tambang sebanyak lima peratus ke mana-mana destinasi bagi mana-mana bas kendaliannya. – Coconut

BANGKOK – Sebuah syarikat pengendali bas komersial di Thailand menawarkan diskaun bagi tambang perjalanan dan perkhidmatan penghantaran kepada rakyat negara itu serta warga asing yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor portal Coconut hari ini.

Nakhonchai Air, menawarkan diskaun tambang sebanyak lima peratus daripada harga 350 baht (RM46) ke mana-mana destinasi bagi mana-mana bas kendaliannya.

Individu yang telah divaksin boleh membeli satu tiket dalam masa sehari sehingga 20 kali.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menjadi ahli Nakhonchai Air selama empat tahun, sekali gus melayakkan mereka untuk menerima diskaun lima peratus bagi penghantaran barangan ekspres yang bernilai 100 baht (RM13) menerusi khidmat penghantaran Nakhonchai Air.

Bagi menikmati diskaun tersebut, pengguna hanya perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama Covid-19 serta menunjukkan kad pengenalan diri di kaunter-kaunter tiket atau secara online menerusi Facebook dan Line.

Manakala untuk bukan warganegara Thailand pula, mereka hanya perlu menunjukkan pasport.

Kempen tersebut berlangsung sehingga 31 Disember ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI