fbpx

378 penduduk Paya Teh dan Kuala Teh dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Paya Teh menjalani saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Paya Teh di Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Kira-kira 378 penduduk di Kampung Paya Teh dan dan Perumahan Banjir Kuala Teh telah dipakaikan gelang merah jambu dan diarahkan kuarantin susulan penularan wabak Covid-19 di dua kampung berkenaan.

Penularan wabak Covid-19 yang dipercayai bermula daripada seorang pemandu lori yang singgah di sebuah masjid di kampung itu menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan mulai 17 Mei sehingga 30 Mei ini.

Sehingga kini difahamkan seramai 250 orang daripada Kampung Paya Teh dan 128 orang dari Perumahan Banjir Kuala Teh dikuarantin di kediaman masing-masing.

Ketua Kampung Perumahan Banjir Kuala Teh, Ghazali Ismail,63, seramai 128 orang penduduk di kampung itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan memakai gelang merah jambu.

“Penduduk kampung akur dengan keputusan ini dan berada di rumah masing-masing seperti diarahkan menjalani kurantin wajib mulai 19 Mei sehingga 30 Mei ini.

“Saya berharap penduduk bersabar dengan ujian ini dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mereka yang disahkan positif Covid-19 didoakan kembali sihat,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Azan berkata, pada awalnya mereka berasa cemas apabila berlaku penularan wabak Covid-19 di kampung itu sehingga dilaksanakan PKPD.

Bagaimanapun katanya, tindakan segera yang dilakukan kerajaan dengan melakukan saringan dan kuarantin melegakan penduduk yang bimbang penularan wabak itu bertambah buruk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI