fbpx

Umur 50 tahun, Naomi Campbell timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Campbell berkongsi sekeping Gambar yang menampakkan kaki kecil puteri kesayangannya itu.

CALIFORNIA – Model terkenal antarabangsa, Naomi Campbell dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulungnya pada usia 50 tahun.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri bekas model jenama pakaian dalam mewah, Victoria Secret dalam Instagramnya semalam.

Dalam hantaran tersebut, Campbell memberitahu bahawa dia baharu sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sambil berkongsi sekeping foto menampakkan kaki kecil puteri kesayangannya itu.

“Si kecil ini telah memilih saya sebagai ibunya. Saya berasa sangat dihormati kerana diberi peluang untuk memiliki jiwa manis ini dalam hidup saya.

“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan tentang ikatan kasih sayang antara saya dengan ‘malaikat’ kecil ini,” tulisnya dalam Instagram.

Memetik laporan Mirror.com, Campbell kini dilaporkan tinggal bersama pasangannya di Amerika Syarikat sejak awal tahun lalu ketika negara tersebut melaksanakan perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.

Campbell bersama pasangannya sangat bahagia selama tinggal bersama sejak awal kehamilannya sehingga dia selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu.

Model asal Britain itu sekarang ini mula memikirkan tentang kehidupannya pada masa hadapan sehingga membuatkan dia teringin untuk memiliki sebuah keluarga bahagia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI