fbpx

Lutut Elizabeth Tan jadi sasaran lelaki miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH TAN

KETIKA umat Islam sibuk menyambut hari raya Aidilfitri, mata Mizz Lahar tertumpu pada ruangan komen sekeping foto dimuat naik Elizabeth Tan.

Sebelum ini, video-videonya dalam Instagram menjadi tempat kaum lelaki meninggalkan komen gatal. Rupa-rupanya perkara tersebut masih lagi berterusan sehingga hari ini.

Meninjau dalam ruangan komen foto rayanya, ramai lelaki hidung belang menulis komen ‘geram’ melihat penampilan pelantun Knock Knock itu.

Dalam foto tersebut, dia anggun memakai kebaya putih dan berkain batik, namun menampakkan sedikit bahagian lutut serta pahanya.

Gara-gara menayang paha, pantas sahaja foto tersebut dihujani komen-komen berbaur lucah.

“Aduh, baru nampak kepala lutut sudah telan air liur,” tulis seorang netizen.

“Lain kali belanjalah kuih raya, bukannya paha,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Alahai kaum lelaki sekalian, tolong kawal emosi dan nafsu apabila melihat foto wanita lain dalam laman sosial.

Janganlah disebabkan sikap sebegitu, golongan wanita memandang rendah terhadap lelaki lain di luar sana. Jaga jari daripada menulis komen tidak berfaedah ya.

MIZZ LAHAR: Geram juga melihat ada golongan artis yang melakukan aktiviti ziarah raya. Tak sedarkah anda telah melanggar SOP?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI