fbpx

JHEAT nafi dakwaan pasar raya jual ayam tidak disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang mendakwa ayam dibeli di sebuah pasar raya di Manir dekat sini kononnya tidak mempunyai kesan sembelihan.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan dakwaan kononnya sebuah pasar raya di Manir dekat sini menjual ayam tidak disembelih sebagai tidak benar.

Jurucakap Bahagian Pengurusan Halal JHEAT berkata, berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial pada Sabtu lalu, jelas membuktikan ayam yang didakwa itu telah sempurna sembelihannya.

“Syarat sah sembelihan haiwan ialah putus urat halkum dan urat marih. Berdasarkan video yang tular pada 15 Mei lalu, seekor ayam yang ditunjukkan itu jelas menunjukkan kedua-dua urat tersebut telah putus dengan sempurna.

“Semakan juga mendapati pembekal ayam di pasar raya itu merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. Haiwan sembelihan telah disembelih penyembelih bertauliah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular satu video yang memuat naik video di media sosial yang mendakwa kononnya ayam dibeli di pasar raya tersebut tidak mempunyai kesan sembelihan.

Sehubungan itu, jurucakap Bahagian Pengurusan Halal JHEAT memohon orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tidak menyebarkan informasi tidak pasti pada masa hadapan.

Beliau juga menasihatkan masyarakat khususnya umat Islam meningkatkan pengetahuan tentang ilmu sembelihan agar tidak menimbulkan salah faham kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI