fbpx

SPA tangguh temu duga, ujian berkaitan di semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menangguhkan semua urusan temuduga, ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan serta ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan yang telah dijadualkan pada 23 Mei hingga 8 Jun ini.

Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, SPA berkata, penangguhan itu terpakai di semua negeri.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mengurangkan pergerakan calon, panel temu duga dan panel penilai.

“Urusan peperiksaan secara dalam talian dalam tempoh ini akan dilaksanakan mengikut yang dijadualkan,” katanya.

Katanya, penjadualan semula tarikh temu duga bagi tempoh yang terlibat akan dimaklumkan melalui e-mel.

Jelasnya lagi, calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui Portal Rasmi dan Facebook SPA.  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI