fbpx

Polis berkas empat penyamun jam tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jam tangan pelbagai jenama yang berjaya dirampas polis.

KLANG – Usaha memburu empat penyamun termasuk seorang wanita yang disyaki melarikan sejumlah jam tangan bernilai kira-kira RM19,950 berakhir apabila kesemua mereka berjaya diberkas hari ini.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 38 tahun itu ditangkap pukul 1.30 pagi di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka hasil laporan seorang peniaga jam tangan berusia 60 tahun apabila kedainya di Taman Bayu Perdana dipecah masuk penyamun.

Katanya, kejadian disedari mangsa yang merupakan seorang wanita itu pukul 10.30 pagi pada 29 April lalu.

“Mangsa yang juga seorang wanita mendapati kedainya dipecah masuk melalui pintu belakang ekoran terdapat kesan dipotong pada pintu gril.

“Suspek telah melarikan hampir kesemua jam tangan pelbagai jenama di paparan kaca serta mendapati kunci pada kaunter paparan kaca itu telah dirosakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, bertindak maklumat keempat-empat suspek berjaya ditangkap dengan merampas 41 jam tangan pelbagai jenama dan kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman antara tiga hingga enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI