fbpx
SUZY

Nilai aksesori dipakai Suzy boleh beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPILAN penyanyi dan pelakon Suzy selaku pengacara pada majlis Anugerah Baeksang ke-57 pada 13 Mei lalu mencuri perhatian ramai bukan hanya disebabkan kerana kecantikannya.

Satu hal yang membuatkan peminat terbeliak biji mata apabila mengetahui nilai barang kemas yang digayakan penyanyi itu cukup luar biasa.

Suzy mengenakan gaun berwarna hitam jenama Dior pada majlis tersebut, dipadankan dengan barangan kemas berlian berwarna putih.

Set barangan kemas yang dipakai pelakon drama Start Up itu dilaporkan daripada jenama Dior dan dianggarkan bernilai lebih 210 juta won (RM765,511).

Rantai leher yang digayakannya pula bernilai 93 juta won (RM339,187), sementara cincin berlian yang tersarung di jari telunjuknya pula berharga 53.3 juta won (RM194,309).

Tidak ketinggalan, sepasang subang yang dipakainya pada hari tersebut juga dilaporkan bernilai sebanyak 66.8 juta won (RM243,507).

“Dengan jumlah sebanyak itu, anda boleh beli rumah,” tulis seorang netizen.

POPULAR