fbpx

3 lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Taman Maluri, Cheras semalam.

PETALING JAYA – Tiga individu ditahan dalam satu serbuan selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sebuah rumah kedai sekitar Taman Maluri, Cheras semalam.

Serbuan tersebut dilakukan pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada seorang penjaga premis rakyat tempatan berusia 46 tahun dan dua pemain berusia 49 serta 58 tahun.

“Siasatan awal mendapati, aktiviti perjudian online ini telah beroperasi sejak sebulan lalu dan hanya membenarkan pelanggan tetap memasuki premis berkenaan.

“Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah mengambil tindakan dengan memotong bekalan elektrik di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Mokhsein, kesemua tangkapan telah dibawa balik ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut bagi tujuan penyiasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI