fbpx

Penyokong Palestin, Israel bertempur di Montreal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai melaungkan slogan dan mengibarkan bendera gergasi Palestin dalam perhimpunan di Toronto, Kanada pada 15 Februari lalu. - AFP

MONTREAL, Kanada – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin mengutuk keganasan dan ‘retorik keji’ yang diucapkan dalam beberapa protes di seluruh negara selepas penunjuk perasaan pro-Palestin dan pro-Israel bertempur di Montreal hujung minggu lalu.

Bercakap selepas protes di Montreal, Trudeau mengecam apa yang beliau anggap sebagai  retorik keji dan keganasan. 

Walaupun  mengakui orang ramai berhak berkumpul secara aman dan mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat di Kanada, beliau menegaskan dalam satu kenyataan di laman Twitter  bahawa tiada toleransi untuk ‘antisemitik, Islamofobia atau sebarang bentuk kebencian lain.’

Terdahulu, polis Montreal menggunakan gas pemedih mata susulan pertempuran antara penyokong Palestin dan kumpulan penunjuk perasaan pro-Israel.

Beberapa ratus penunjuk perasaan membawa bendera Israel berkumpul di sebuah dataran di pusat bandar Montreal untuk menyatakan solidariti dengan Tel Aviv.

Walaupun protes itu bermula aman, ketegangan menyusul selepas ketibaan penunjuk perasaan pro-Palestin manakala pertempuran tercetus tidak lama kemudian.

Polis bandar raya Montreal, SPVM mengisytiharkan protes tersebut sebagai haram dan skuad polis pencegah rusuhan campur tangan dengan menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kedua-dua kumpulan, demikian menurut wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian.

SPVM menghabiskan masa sepanjang tengah hari untuk mengejar penunjuk perasaan pro-Palestin yang berpecah dan berkumpul semula di beberapa batang jalan di pusat bandar.

Susulan pertempuran itu, Datuk Bandar Montreal, Valerie Plante menyatakan di laman Twitter bahawa menunjuk perasaan adalah hak rakyat tetapi sikap  tidak bertoleransi, keganasan dan anti-Semitik tiada tempat di Montreal.

“Montreal adalah bandar yang aman,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI