fbpx

Miller julang Ducati, catat sejarah peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLER tidak menyangka dapat meraih kemenangan berganda termasuk pada GP Perancis di Litar Bugatti, Le Mans malam tadi.

LE MANS – Pelumba Ducati, Jack Miller meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila muncul juara pada Grand Prix (GP) Perancis malam tadi dengan perlumbaan berlangsung dalam cuaca hujan.

Hasil kemenangan tersebut, Miller menjadi pelumba Austra­lia pertama meraih kemenangan berganda dalam saingan MotoGP selepas muncul juara pada GP Sepanyol awal bulan ini.

Terdahulu, kesemua pelumba hanya sempat bersaing dalam lima pusingan sebelum mereka diarahkan masuk ke pit bagi menukar jentera.

Ketika itu, pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo menguasai saingan dengan baik, namun kesilapannya ketika menukar jentera mengakibatkan pelumba kelahiran Perancis itu dikenakan penalti long lap.

Ia nyata menjejaskan peluangnya untuk muncul juara apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Pelumba Pramac Racing, Johann Zarco terus melakukan kejutan di laman sendiri apabila menamatkan saingan di tempat kedua apabila melakukan pecutan memintas Quartararo yang dilihat sedikit bergelut dengan jenteranya pada baki enam pu­singan terakhir.

“Perlumbaan kali ini sangat sukar kerana kami beraksi de­ngan keadaan mencabar. Saya juga dikenakan penalti long lap seba­nyak dua kali. Saya tidak sangka dapat meraih kemenangan ber­turut-turut ketika ini,” kata Miller.

Keputusan tersebut merupakan kemenangan bergaya buat Ducati apabila dua jentera Desmosedici GP Itali itu menaiki podium di Le Mans.

Hasil keputusan itu, Quartararo kembali memimpin carta kedudukan pelumba dengan 80 mata dan dipisahkan satu mata dengan Francesco Bagnaia yang mengakhiri perlumbaan di tempat keempat. Zarco kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 68 mata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI