fbpx
Hadid (tengah) turun menyatakan sokongannya pada Palestin apabila menyertai perarakan Bebaskan Palestin di Brooklyn, New York, hujung minggu lalu. - TheImageDirect.com/GC Images

Israel kecam Bella Hadid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV – Israel mengecam tindakan supermodel Bella Hadid kerana menyertai demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Brooklyn, New York pada hujung minggu lalu.

Israel menganggap penglibatan Bella, 24,  atau nama sebenarnya,  Isabella Khair Hadid sama seperti meminta ‘negara Yahudi dihapuskan’.

Menurut laporan portal berita Page Six, populariti dan pengaruh yang dimiliki Bella  membuatkan semakin ramai orang menentang Israel dan menyokong gerakan membantah serangan Rejim Zionis ke atas Palestin.

“Apabila selebriti seperti @BellaHadid menyokong membuang orang Yahudi ke laut, mereka secara tidak langsung menyokong menghapuskan negara Yahudi.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu Israel-Palestin. Ini harus menjadi isu kemanusiaan. Awak (Bella) patut berasa malu,” ,” tulis pentadbiran Israel di laman Twitter rasminya.

Ciapan itu merangkumi tangkap layar Bella menerusi siaran penstriman langsung ketika acara tunjuk perasaan yang memaparkan wanita itu memakai pakaian tradisional Palestin , Keffiyeh dan pelitup muka.

Bella  yang mempunyai darah Palestin dari sebelah ayahnya, Mohamed Hadid turut dirakam berbaris bersama beribu-ribu penunjuk perasaan lain dalam demonstrasi di Bay Ridge ketika Israel bertubi-tubi menyerang Gaza.

Kakaknya yang juga seorang supermodel,  Gigi Hadid juga berkongsi catatan penuh emosi di Instagram untuk menyokong rakyat Palestin.

“Anda tidak boleh membiarkan diri anda untuk tidak peka melihat nyawa manusia direntap. Nyawa rakyat Palestin adalah nyawa  yang akan membantu mengubah dunia. Nyawa mereka hilang  dari kami dalam sekelip mata. #FreePalestine, “tulisnya. – Agensi 

POPULAR