fbpx

Lelaki tendang pagar masjid sehingga roboh dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan tindakan seorang lelaki menendang pintu pagar sebuah masjid sehingga roboh apabila tidak dibenarkan masuk untuk menunaikan solat di sebuah masjid di Kampung Sungai Tua Baharu, Gombak 14 Mei lalu.

GOMBAK – Berang kerana tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid, seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan menendang pintu pagar hadapan masjid tersebut sehingga tercabut dalam satu kejadian di Kampung Sungai Tua Baharu di sini 14 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang bilal Masjid Jamiatus Solahiah di sini memaklumkan tentang keadaan pintu pagar masjid tersebut yang ditemui dalam keadaan tercabut di hadapan masjid berkenaan.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati seorang lelaki dalam keadaan seperti sedang mengamuk telah bertindak menendang pintu pagar tersebut sehingga tercabut dan jatuh.

“Pada keesokan harinya (15 Mei), pihak polis telah melakukan tangkapan ke atas suspek selepas lelaki berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan sepasang baju Melayu yang dipakai suspek ketika kejadian.

Menurut Arifai, siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian selepas berasa marah kerana tidak diberi kebenaran masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat.

“Pada hari kejadian (14 Mei), masjid tersebut memang ditutup dan pihak pengurusan turut menampal notis pada pagar hadapan masjid berkenaan untuk memaklumkan tentang perkara itu.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 19 Mei ini bagi membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 427 dan 295 Kanun Keseksaan kerana khianat dan mencemarkan atau membencana tempat sembahyang,” tegas beliau. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI