fbpx

‘Hulk’ ajak dunia sekat, boikot Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mark mengajak orang ramai melakukan sekatan terhadap Zionis

ADIWIRA kesayangan ramai, Hulk dalam galaksi filem The Avengers yang peranannya dilakonkan pelakon dan aktivis, Mark Ruffalo mengajak orang ramai mengutuk keganasan yang dilakukan Rejim Zionis terhadap Palestin.

Mark atau nama lengkapnya, Mark Alan Ruffalo, 53, menerusi Twitter berkata, sudah sampai waktunya semua orang melakukan sekatan atau memboikot Isreal demi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

“Lebih 30 kanak-kanak terbunuh. Para ibu terkorban. Beratus-ratus orang tercedera. Kita berada di ambang perang berskala penuh.

“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya (orang kulit hitam). Sudah tiba masanya sekatan ke atas Israel dilakukan demi membebaskan rakyat Palestin,” ciapnya dalam Twitter.

Sejak keganasan tentera Israel terus memuncak menjelang Aidilfitri lalu, Mark menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin yang bermati-matian berjuang mempertahankan tanah air mereka.

Sehubungan itu, ‘ahli Avengers’ itu mengajak peminatnya serta warga dunia untuk melakukan sekatan terhadap Israel, sebagaimana dilakukan bagi membebaskan orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Dia mengajak pengikut dan peminatnya menandatangani petisyen untuk ‘menekan’ Israel bagi menghentikan kezaliman menerusi laman web, Avaaz The World In Action.

Setakat ini, lebih 2.5 juta sudah menandatangani petisyen tersebut.

Aktor itu juga berharap angka tersebut terus meningkat demi menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN